crude fibre | serat mentah | Herba | Tiada | Bahan selular yang mengandungi selulosa dan lignin yang tahan asid dalam tumbuhan. Nilai peratusannya menunjukkan tahap ketulenan suatu ubat mentah. Biasanya bahan tumbuhan dinyahlemak dan hasilnya diabukan. Nilai serat mentah diperoleh berdasarkan peratus kehilangan berat. Contohnya had piawai serat mentah bagi bunga cengkih ialah 6.2 - 9.8% dan tangkai cengkih ialah 13.6%. Bahan mentah cengkih yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada 9.8% mungkin dicemari tangkai cengkih. Sinonim serabut mentah. |
cloverleaf interchange | persilangan kelawar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persilangan bertingkat yang berbentuk bunga cengkih atau daun pakau kelawar di lebuh raya. |
anodyne | anodin | Herba | Tiada | Herba yang mampu menenangkan dan mengurangkan tahap kesakitan. Contoh herba ini ialah cengkih, adas manis, chamomile (kamomil), juniper dan rosemary. |
stomachic | stomakik | Herba | Tiada | Herba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak. |
antibacterial | antibakteria | Herba | Tiada | Herba yang melawan dan memusnahkan bakteria. Contoh herba ini ialah selasih, kayu manis, cengkih, kayu putih, kunyit, alfalfa, chamomile (kamomil), parsli, pepermin, rubarb. |
antifungal | antikulat | Herba | Tiada | Agen yang melawan dan memusnahkan pelbagai kulat. Contoh herba ini ialah kayu manis, cengkih, bawang putih, kunyit, alfalfa (Medicago sativa), kava kava, parsli, St John's Wort dan taim. |
antiseptic | antiseptik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan mikroorganisma. Contohnya, minyak pati daripada cengkih (Syzygium aromaticum) yang bersifat antiseptik. |
antimicrobial | antimikrob | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan mikroorganisma. Contohnya, minyak pati daripada cengkih (Syzygium aromaticum) yang bersifat antimikrob. |
herbs and spices | rempah ratus | Herba | Tiada | Pelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan. |
vermifuge | vermifuj | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan atau mengeluarkan cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Contoh herba vermifuj ialah tembakau, cengkih, bawang putih dan habatussauda. Herba vermifuj untuk haiwan ialah buah pinang. Sinonim antelmintik. |