center of gravity | pusatan graviti | Sukan | Tiada | Tiada |
center shafted | pusatan syaf | Sukan | Tiada | Tiada |
center pivot | pivot pusat | Pertanian | Agroteknologi | Sejenis sistem perenjis tanaman yang biasa digunakan dalam pertanian berskala besar yang mengalami masalah kekurangan air. Melalui sistem ini, air disalurkan ke kawasan tanaman dengan menggunakan saluran paip tunggal yang disokong pada menara yang boleh bergerak di kawasan ladang. Semburan daripada menara ini boleh berputar sehingga 360 darjah di sekeliling menara itu. Alat ini boleh menyalurkan air ke kawasan tanaman dengan keluasan sehingga 80 hektar. Penggunaannya sangat popular kerana ia mengurangkan kos upah buruh. Hal ini demikian kerana seorang pekerja boleh menguruskan operasi beberapa buah peralatan ini, iaitu merangkumi 200 hektar. |
center of mass coordinate system | sistem koordinat pusat jisim | Fizik | Moden | Rangka rujukan yang bergerak dengan halaju pusat jisim, dan oleh sebab itu, pusat jisim berada dalam keadaan tak bergerak dan jumlah momentum adalah sifar. |
center of pressure | pusat tekanan | Kejuruteraan | Petroleum | Titik pada derik tempat semua daya tekanan yang diakibatkan oleh tumpuan angin bertindak semasa derik dalam keadaan tegak. |
center panel | panel tengah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Panel yang dipasang dengan komponen lain. |
center of consciousness | pusat kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Ciri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian. |
National Computer Security Center (NCSC | pusat sekuriti komputer kebangsaan (NCSC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi kerajaan Amerika Syarikat dalam NSA (National Security Agency) yang menilai peralatan yang digunakan untuk aplikasi sekuriti tinggi. Ini bertujuan untuk menentukan supaya kemudahan pemprosesan bahan-bahan sulit atau maklumat sensitif menggunakan sistem komputer dan alat-alat yang boleh dipercayai. NCSC telah ditubuhkan pada tahun 1981 sebagai Department of Defense Computer Security Center dan telah menukar namanya pada tahun 1985. |
V1 center | pusat V1 | Fizik | Tiada | Tiada |
U-center | pusat U | Fizik | Tiada | Tiada |