certosina | sertosina | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik menginlaikan bahan yang berwarna cerah ke dalam bahan yang berwarna gelap bagi menghasilkan suatu reka bentuk perhiasan. Bahan-bahan inlai ini biasanya terdiri daripada gading, kayu cerah atau tulang. |
clear | bersih; lega; padam-bersih; terang; jernih; lob belakang (Badminton), cerah | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
applewood | applewood | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu pokok epal yang berwarna cerah, digunakan untuk membuat alat perabot dan venir. Perabot yang diperbuat daripada kayu jenis ini biasanya dikemaskan secara semula jadi atau disapu cat. |
day curtain | langsir siang | Umum | Tiada | Sejenis langsir yang lazimnya berwarna cerah atau jarang untuk kegunaan pada waktu siang. |
sun-kissed skin | kulit kucup suria | Umum | Tiada | Kulit yang kelihatan menarik, cantik dan cerah kerana terdedah kepada cahaya matahari. |
elm | elm | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir. |
bandwagon effect | kesan sampan tunda | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik. |