Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.das] | چردس

Definisi : 1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.das] | چردس

Definisi : 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
replicatorpereplikaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang menyalinkan dirinya sendiri, sama ada untuk tujuan yang dibenarkan atau sebagai pembuatan hasad. Salinan asal tidak dibatalkan. Contoh perisian pereplika ialah cecacing Internet, virus, agen cerdas untuk carian selari atau proses yang menggunakan arahan fork.

Kembali ke atas