Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerpen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short short storycerpen pendekKesusasteraanTiadaCerita ringkas yang jumlah perkataannya kurang daripada cerpen biasa. Cerpen pendek juga dikenali sebagai cerpen mini.
long-short storycerpen panjangKesusasteraanTiadaCerita yang jumlah perkataannya lebih banyak daripada cerpen dan kurang daripada novelet.
short storycerpenKesusasteraanTiadaCerita pendek yang berasal daripada akronim frasa cerita pendek.
flash fictionfiksyen kilasanKesusasteraanTiadaFiksyen pendek seperti cerpen,yang panjangnya antara 250 hingga 750 perkataan. Fiksyen ini boleh berdiri sebagai sebuah cerita yang utuh berbanding dengan secebis coretan atau garis kasar bagi sebuah kisah yang lebih panjang. Oleh sebab jumlah perkataannya terhad, plot cerekanya tidak kompleks, watak dan aksinya tidak dikembangkan, sementara nadanya agak ringan. Had jumlah perkataan dalam fiksyen ini disarankan oleh James Thomas dalam antologinya berjudul Flash Fiction.
adaptationsaduranKesusasteraanPuisiPengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi.
themetemaKesusasteraanTiadaMesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�.
novelettenoveletKesusasteraanTiadaProsa cereka yang lebih panjang dan agak lebih kompleks daripada cerpen, tetapi tidaklah sepanjang novel.
classical fantasyfantasi klasikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa.
fictionfiksyenKesusasteraanTiadaKarya yang bersifat imaginatif biasanya dalam bentuk prosa seperti novela, novel dan cerpen. Karya fiksyen tidak merangkumi karya puisi dan drama, walaupun kedua-duanya bersifat fiksyen dan imaginasi.
bowdlerisesaring moralKesusasteraanTiadaMenapis dan membuang bahan-bahan yang tidak diingini dalam karya kesusasteraan. Bahan-bahan tersebut biasanya terdapat dalam novel, cerpen dan drama, mungkin bercanggah dari segi moral dan norma sesebuah masyarakat. Contohnya, buku sekolah sering disaringmoralkan kerana terdapat bahan-bahan yang dianggap tidak sesuai untuk bacaan para pelajar.
123

Kembali ke atas