print media | media cetak | Komunikasi | Korporat | Sistem dan alat penyaluran maklumat daripada sumber kepada khalayak secara bercetak. Media cetak bertindak sebagai sistem apabila proses pengumpulan dan penyebaran maklumat menggunakan tatacara dan proses tertentu yang ditetapkan oleh sistem dalam sesebuah masyarakat. Media cetak bertindak sebagai alat pula apabila media digunakan untuk menyebarkan maklumat. Pengurusan maklumat melalui media cetak tertakluk kepada persetujuan sistem yang diwujudkan. Dalam komunikasi korporat, media cetak bertindak sebagai alat penyaluran maklumat organisasi kepada khalayak. Maklumat boleh dalam bentuk tulisan dan visual. Media tersebut menyediakan ruang cetakan kepada pihak pengiklan untuk mempromosikan maklumat barangan atau perkhidmatan kepada khalayak. Berdasarkan teori difusi yang dikemukakan oleh Everret M. Rogers (1962), penggunaan media cetak berkesan bagi sebarang kempen yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan minat khalayak terhadap mesej pengiklanan barangan atau perkhidmatan. |
hickeys | cacat cetak | Kesenian | Tiada | Kecacatan pada hasil cetak akibat kekotoran dakwat atau mesin cetak. |
registration mark | tanda tepat cetak | Kesenian | Tiada | Tanda tepat cetak: Tanda yang dibuat pada kertas cetak supaya cetakannya tepat dan tidak lari. |
nonimpact printer | mesin cetak tanpa impak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mesin cetak yang tidak menggunakan alat mengetuk aksara pada reben dan kertas seperti mesin cetak laser. |
software piracy | cetak rompak perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Aktiviti menyalin perisian secara tidak sah atau mengagihkan perisian tanpa kebenaran pencipta asal perisian tersebut. Cetak rompak perisian merupakan pencabulan hak cipta perisian. Contoh perbuatan cetak rompak perisian ialah pemasangan perisian yang menyalahgunakan lesen yang sah seperti memasang perisian lebih daripada bilangan lesen yang ditetapkan. |
reprint | cetak ulang | Komunikasi | Tiada | Lihat: cetak semula. |
dotted print | cetak titik | Kesenian | Tiada | Teknik cetak turis pada atas permukaan logam yang telah dititik-titikkan. |
security overprint | cetak tindan keselamatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cetak tindan yang diterakan pada setem untuk mencegah pemalsuan setem. |
continuous overprints | cetak tindan selanjar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cetak tindan pada setem yang dicetak tanpa menghiraukan sempadan atau jidar setem. |
rotary press | mesin cetak rotari | Kesenian | Tiada | Alat cetak yang menggunakan penggelek silinder. |