Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diaphoreticdiaforetikHerbaTiadaHerba yang menggalakkan perpeluhan untuk mengeluarkan toksin melalui kulit. Contoh herba ini ialah cili, lada hitam dan bawang putih.
whiteflybena putihPerikananAkuakulturSejenis serangga perosak berwarna putih yang sering menyerang tumbuhan akuatik timbul seperti pokok Hygrophila deformis dan Echinodorus sp. Bena putih ini juga merupakan serangga perosak utama yang menyerang tanaman, seperti tanaman padi, cili dan tomato. Contoh spesies bena putih ialah Bemesia tabaci.

Kembali ke atas