Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar nyamuk jantan, akar nyirih, akar tulang daing padang, Connarus grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 barang perhiasan yg berbentuk bundar, biasanya dibuat drpd logam berharga (diberi berpermata atau tidak) dan dipakai pd jari. 2 benda berlingkar yg rupanya spt cincin 1 atau gelang kecil. ~ belah rotan cincin yg bulat di luar tetapi datar di dalam dan tidak berpermata. ~ garam sebuku cincin yg berpermata satu. ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd waktu perkahwinan. ~ tanda cincin yg diberikan oleh orang lelaki kpd orang perempuan sbg tanda mereka telah bertunang. ~ tanya cincin yg dibawa ketika hendak melamar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantum corralkandang kuantumFizikNanoteknologiCincin bersaiz nanometer yang terdiri daripada susunan atom yang teratur di atas substrat. Atom tersebut disusun menggunakan mikroskop penerowongan atom (STM). Saiz dan bentuk kandang ini menentukan keadaan kuantum, termasuk tenaga dan taburan elektron. Contohnya, cincin atom kobalt atau besi atas permukaan kuprum.
ringspotbintik cincinPertanian OrganikTanaman Makanan-
atollatolSains MarinTiadaTerumbu karang berbentuk cincin yang terletak di laut, biasanya melingkungi sebuah lagun yang dihubungkan dengan laut bebas oleh selat sempit di antara kedua-dua hujungnya.
prong-settingikat serampangKesenianTiadaJenis pengikat batu permata pada cincin yang biasanya terdiri daripada 3, 4 atau 6 cabang yang bertujuan untuk mengukuhkan batu permata.
circular fibrefiber kelilingPerubatanTiadaFiber pada gingiva bebas, mengelilingi gigi bagai cincin.
guanineguaninaFizikNanoteknologiSebatian organik daripada kumpulan purina yang dicirikan oleh struktur dua cincin yang terdiri daripada atom karbon dan nitrogen dengan formula kimia, C5H5N5O. Sebatian ini merupakan salah satu daripada lima komponen asas bagi pembentukan asid nukleik, dan merupakan sebahagian daripada kandungan sel DNA dan RNA yang menyimpan dan menyebarkan kod genetik.
scooter mechanismmekanisme skuterFizikNanoteknologiMekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
half rotorsepara rotorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlat pensuisan elektronik yang digunakan sebagai sebuah komponen dalam mesin sifer penyulitan mekanikal. Setiap separa rotor mempunyai lima cincin sesentuh untuk input dan sepuluh output. Dua separa rotor diperlukan dalam satu mesin sifer penyulitan mekanikal. Setiap aksara yang ditaip pada mesin sifer berkenaan akan menjana isyarat elektrik yang masuk ke dalam separa rotor yang pertama dan disulitkan sebelum masuk ke separa rotor kedua untuk disulitkan semula. Hasil teks sifer akan dicetak berdasarkan isyarat elektrik yang keluar pada titik output tertentu dalam separa rotor yang kedua. Lihat juga tertib rotor.
detective storycerita detektifKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim.

Kembali ke atas