cipher text | teks sifer | Komputer | Tiada | Tiada |
cipher | monogram | Perpustakaan | Tiada | 1. Abjad awal sesuatu nama atau penyusunan huruf-huruf menurut satu kaedah hiasan yang mudah dijadikan tanda peribadi.,2. Carian mesin sebagai kaedah mendapatkan kembali maklumat yang terdiri daripada beberapa kod, sama ada abjad atau simbol lain untuk dijadikan bahasa biasa atau bahasa sumber rahsia. |
cipher | sifer | Geografi | Tiada | Tiada |
cipher | sifer | Teknologi Maklumat | Tiada | Algoritma yang mengandungi fungsi matematik yang digunakan pada penyulitan dan penyahsulitan. |
cipher block chaining | perantaian blok sifer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mod blok sifer yang meningkatkan mod buku kod elektronik dengan merantai kesemua blok teks sifer yang terhasil dan dikendalikan pada segmen teks biasa yang mempunyai panjang pemboleh ubah kurang atau sama dengan panjang blok. Mod ini dilaksanakan dengan menggunakan segmen teks sifer yang dijanakan terdahulu sebagai input algoritma, iaitu dengan menginput kembali teks sifer bagi menjanakan satu blok output. Seterusnya, blok output ini digabungkan melalui OR eksklusif (NOR) dengan segmen teks biasa yang berikutnya, iaitu kurang daripada panjang blok untuk membentuk segmen teks sifer yang berikutnya. |
cipher | sifer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Nama umum untuk sistem penyulitan, kriptografi atau kriptosistem yang merupakan jujukan arahan dan operasi matematik untuk menjalankan proses penyulitan dan penyahsulitan. |
caesar cipher | sifer caesar | Teknologi Maklumat | Tiada | Algoritma yang menganjak setiap abjad kepada abjad lain. Contohnya jika anjakan 3 kali, huruf A akan menjadi huruf D dan huruf W akan menjadi huruf Z. |
monoalphabetic cipher | sifer monoabjad | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik yang menggunakan jadual untuk menukar setiap aksara teks biasa kepada aksara teks sifer. |
stream cipher | sifer alir | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori penyulitan yang membenarkan penerima mesej memulakan aktiviti penyahsulitan pada mesej walaupun mesej berkenaan belum lengkap diterima sepenuhnya. Dalam sifer alir, perubahan dari teks sifer ke teks biasa hanyalah bergantung pada aksara semasa, kekunci penyahsulitan, algoritma penyulitan dan maklumat kawalan. Antara kelebihan sifer alir ialah kelajuan penyahsulitan yang tinggi dan kesan rebakan ralat yang rendah. Contoh sifer alir ialah sifer Vernam, sifer Caesar dan sifer Vigenere. |
block cipher | sifer blok | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan teks biasa sebagai satu unit atau blok. Biasanya, saiz data yang terkandung dalam blok ini adalah tetap dan hasil penyulitan atau penyahsulitan bergantung kepada panjang, kandungan data dan susunan data dalam unit atau blok tersebut. Hasil sifer blok biasanya mempunyai sebaran luar, iaitu kedudukan data asal disamarkan ke seluruh mesej. Sifer blok lali kepada permindaan terlarang kerana sebarang perubahan, walaupun sangat kecil akan menyebabkan kandungan semua blok berubah dengan banyak. Walau bagaimanapun, sistem penyulitan yang mengamalkan sifer blok ini biasanya lebih lambat berbanding sifer alir. |