antidiarrheal | antidiarea | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau melegakan cirit birit. Contohnya, ekstrak daun gajah beranak (Goniotalamus macrophyllus) yang bersifat antidiarea. |
cholera | kolera | Herba | Fitoterapi | Sejenis jangkitan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan penyahhidratan. Kolera boleh menyebabkan kematian. |
dysentery | disenteri | Herba | Fitoterapi | Penyakit yang biasanya disebabkan oleh jangkitan patogen. Disenteri dicirikan oleh cirit-birit yang teruk berserta lendir dan darah. |
flux | fluks | Herba | Fitoterapi | Pengaliran atau perlepasan cecair yang berlebihan dari usus seperti dalam keadaan cirit-birit atau disentri. |
sprue | spru | Herba | Fitoterapi | Penyakit atau keadaan yang disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap gluten. Spru dicirikan oleh cirit-birit dan kekurangan zat makanan. |
dehydration | dehidrasi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kekurangan cecair yang teruk akibat kekurangan pengambilan air atau kehilangan air yang berlebihan daripada tubuh semasa perpeluhan, muntah atau cirit-birit. |
long-tailed COVID-19 | COVID-19 berlarutan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
post-acute COVID-19 | COVID-19 pascaakut | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
long-COVID-19 symptom | simptom COVID-19 berpanjangan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
long hauler | penggejala berpanjangan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. |