Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelong­song utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon; ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll); 2. menyuluhi (mene­rangi) dgn lampu corong; mencorongkan 1. menyinarkan, menerang­kan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1 alat yg mulutnya berbentuk spt kelongsong dan diberi berpaip pd bahagian bawahnya (digunakan ketika menuang sesuatu supaya tidak tumpah). 2 = ~ asap paip utk menyalurkan asap keluar; serombong. 3 = ~ lampu pembuluh kaca utk melindungi nyala api; cemeni lampu. 4 = ~ suara alat utk menguatkan suara. ~ Baermann ist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah. ~ dengar alat utk mendengar (bagi orang pekak). ~ radio alat penangkap suara utk disiarkan. ~ telefon corong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon. ~ turas corong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : ; lampu ~ lampu yg dpt memancarkan cahayanya jauh-jauh. mencorong 1 bercahaya terang (ttg bulan, matahari dsb). 2 menyuluh dgn lampu corong. mencorongkan memancarkan cahaya (suara, sinar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chimneycerobongKesenianHiasan DalamanKomponen bangunan yang terdiri daripada corong bagi membolehkan asap keluar dari tempat pendiangan, yang biasanya terdapat di ruang keluarga di rumah negara beriklim sejuk. Corong ini biasanya terkeluar dari permukaan bumbung.
fluecorong asapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Baermann's funnelcorong BaermannBiologiEkologiAlat yang digunakan untuk mengasingkan organisma kecil, seperti nematod daripada tanah. Pada bahagian atas alat ini terdapat pancaran cahaya dan haba yang menyebabkan organisma kecil melarikan diri daripada pancaran cahaya dan haba yang berkenaan.
air distributorpengagih udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorong atau saluran udara yang mempunyai pintu boleh ubah untuk mengagihkan udara ke ruang kereta.
venturiventuriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSaluran sempit di dalam corong karburetor, yang digunakan untuk menambahkan laju udara.
chokepencekikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terdapat di dalam corong karburetor, yang digunakan untuk memperkaya campuran udara-bahan api bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.

Kembali ke atas