Coulomb gap | jurang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Lihat penghalang Coulomb. |
Coulomb blockade | penghalang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
Coulomb blockade nanotube | nanotiub penghalang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Nanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum. |
Debye unit | unit Debye | Fizik | Keadaan Pepejal | Unit ukuran momen dwikutub molekul, simbol D bersamaan dengan 3.3356 x 10^30 Coulomb-meter. Nilai momen dwikutub molekul kebanyakannya menghampiri 1 D. |
Frenkel exciton | eksiton Frenkel | Fizik | Nanoteknologi | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |
electrochemical equivalent | kesetaraan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Amaun dalam gram suatu bahan yang dihasilkan atau digunakan semasa elektrolisis dengan kecekapan arus 100% apabila sebanyak 1 faraday (96 487.0 ± 1.6 coulomb) kuantiti elektrik diberikan kepada sistem elektrolisis itu. |