attempted murder | cubaan bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kekerasan yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu terhadap mangsa bertujuan untuk menghilangkan nyawa mangsa secara menyalahi undang-undang, tetapi gagal. |
trial marriage | perkahwinan cubaan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
phishing | pancing data | Komputer | Tiada | Cubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah. |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan. |
vishing | penipuan panggilan | Teknologi Maklumat | Tiada | Cubaan dengan niat jahat melalui panggilan telefon untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
smishing | penipuan SMS | Teknologi Maklumat | Tiada | Cubaan dengan niat jahat melalui sistem mesej singkat untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
spear phishing | pancing data serampang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Cubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
quishing | pancing data kod QR | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Cubaan untuk memperdayakan seseorang dengan menggunakan kod QR bagi mendapatkan maklumat peribadi dan maklumat kewangan. Sinonim QR code phishing. |
cyclo-fusion | siklolakuran | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran mata sepanjang paksi anteroposterior dalam cubaan menyatukan dua medan penglihatan agar bertindih. |
kernel | kernel | Kesusasteraan | Tiada | Motif yang secara logiknya sangat penting dalam pembentukan atau kelancaran sesebuah naratif. Sesebuah karya terbina daripada susunan peristiwa yang berturutan secara logik. Motif utama yang menjadi asas susunan peristiwa itu berperanan sebagai inti atau kernel kepada sesuatu karya. Sebarang cubaan untuk menghilangkan motif yang menjadi inti karya itu akan menyebabkan plot cerita terganggu dan tidak berfungsi dengan teratur. |