stonewash | cucian batu | Umum | Tiada | Kaedah mencuci pakaian dengan menggunakan batu yang bertujuan untuk memudarkan warnanya. |
lime-washing | cucian kapur | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet permukaan buluh dengan meratakan kapur (kalsium hidroksida) untuk melindungi permukaan buluh daripada serangan kulat, serangga dan lumut. Sinonim perlindungan kapur. |
dry cleaning powder | serbuk cucian kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Serbuk putih yang ditabur dan digosok pada permukaan kertas surih atau velum. Serbuk ini digunakan untuk menghapuskan kesan minyak bagi memudahkan kerja melukis yang menggunakan pen teknikal atau pensel supaya garisan lukisan menjadi lebih berkualiti. |
lime protection | perlindungan kapur | Buluh | Tiada | Lihat cucian kapur. |
powder | serbuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan berbutir yang telah diserapi dengan cecair, bahan cuci, dan bahan-bahan cucian lain yang disediakan untuk membersihkan karpet. Bahan sediaan ini ditabur ke atas karpet pail menggunakan berus. Bahan ini dibiarkan seketika supaya menyerap segala kotoran, dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan vakum. |
fading | pudar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kehilangan warna pada sesuatu benda (objek). Kepudaran ini disebabkan oleh kesan radiasi aktinik, seperti sinar matahari, cahaya elektrik dan gas atmosfera, seperti ozon, oksid nitrik, hidrogen sulfik, serta bahan cucian kimia, seperti sodium hipoklorit, produk isi rumah, dan produk industri. |
hydrophobic | hidrofobik | Fizik | Nanoteknologi | Sifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik. |