daun lontar | daun lontar | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun lontar, lazimnya diukir dan dipasang pada kaki cucuran atap. |
eaves | cucur atap | Kesenian | Seni Bina | Bahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun. Bahagian ini merupakan bahagian yang terletak di hujung atap, tempat air hujan jatuh. Biasanya, di bawah cucuran atap, dipasang papan berukiran yang dikenali sebagai papan cantik atau papan fasia. |
percolating filter | turas penelusan | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan bahantara penapis seperti batuan, klinker, sanga relau bagas, atau unit-unit plastik yang dibuat khas, yang mendedahkan kumbahan kepada udara dan, dengan itu, kepada tindakan mikroorganisma yang mengoksidanya. Sinonim: turas cucuran lapisan bakteria, turas biologi; lapisan sentuh, turus berterusan. |
pola pemidang | pola pemidang | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai |
pola bingkai | pola bingkai | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. |
chevron (decoration) | pucuk rebung (corak) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ukiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar. |