Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
progresif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan maju, berkembang, membangun, moden, terkedepan;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
progressive taxcukai progresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif.
progressive taxcukai progresifPentadbiranTiadaTiada
progressive income taxcukai pendapatan progresifEkonomiTiadaLihat cukai progresif.
marginal tax ratekadar cukai sutPentadbiran PerniagaanTiadaKadar cukai bagi setiap ringgit pendapatan tambahan. Kadar cukai sut ini meningkat disebabkan struktur kadar cukai pendapatan yang progresif.
inherintace taxcukai warisanEkonomiTiadaCukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar.
personel income taxcukai pendapatan perseoranganEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima oleh individu atau isi rumah, iaitu termasuk gaji dan upah, dan pendapatan daripada harga seperti sewa, dividen, atau bunga. Pendapatan boleh cukai ialah jumlah semua pendapatan tersebut setelah diambil kira potongan tertentu yang dibenarkan. Jumlah cukai yang dibayar bergantung pada kadar cukai dan pendapatan boleh cukai. Di Malaysia, kadar cukai pendapatan adalah progresif supaya golongan berpendapatan tinggi membayar cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah.

Kembali ke atas