valve lifter | pengangkat injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang berbentuk silinder dalam rangkaian injap yang terletak pada cuping sesondol. Komponen ini berfungsi secara hidraulik atau mekanikal untuk menggerakkan komponen lain dalam rangkaian injap mengikut geometri cuping. Sinonim tapet (2). |
cam follower | pengikut sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk bebola atau berpermukaan rata yang bersentuhan dengan aci sesondol dan bergelangsar dengan cuping sesondol. Apabila aci sesondol berputar, komponen ini akan memindahkan gerakan putaran aci sesondol kepada gerakan turun naik injap mengikut geometri cuping sesondol. |
lobe | cuping | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian bonjol yang terdapat pada sesondol. |
cam lobe | cuping sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian ofset daripada paksi tengah aci sesondol yang bergelangsar dengan pengikut sesondol atau pengangkat injap untuk mengawal gerakan turun naik injap. |
cam | sesondol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cuping yang terdapat pada aci yang berputar. |
wankel engine | enjin Wankel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enjin yang pemutarnya mempunyai cuping yang berputar secara sipi di dalam kebuk berbentuk bulat bujur untuk menghasilkan kuasa. |
collapsing ear canal | salur telinga meruntuh | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan salur telinga yang menyempit disebabkan oleh tekanan pada cuping telinga. |
valve spring | pegas injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pegas gegelung yang dipasang pada injap enjin dalam keadaan mampatan. Apabila injap terbuka akibat putaran aci sesondol pada kedudukan cuping, mampatan akan mengembalikan injap kepada keadaan tertutup ketika aci sesondol berada pada kedudukan dasar. |
hydraulic valve lifter | pengangkat injap hidraulik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menggunakan tekanan hidraulik minyak enjin untuk melaraskan panjangnya dan menyebabkan peranti sen- tiasa bersentuhan dengan cuping sesondol atau rod penolak. Keadaan ini mengekalkan kelegaan injap sifar supaya hingar yang dijanakan oleh rangkaian injap tersebut berada pada tahap minimum. |
camshaft timing | pemasaan aci sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hubungan antara aci sesondol dengan aci engkol yang menentukan kaitan antara operasi buka-tutup injap dengan kedudukan omboh. Hubungan ini juga ditentukan oleh kedudukan cuping sesondol. |