double bass | dabal bes | Kesenian | Tiada | Alat yang terbesar dan terendah picnya dalam keluarga violin. |
octobase | oktobes | Kesenian | Tiada | Dabal bes besar (satu oktaf rendah) tiga tali tahun 1840-an. |
rondalla | rondalla | Muzik | Tiada | Ensembel gitar di Filipina Utara yang dipengaruhi muzik Sepanyol. Gitarnya terdapat dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada register tinggi sehingga register rendah. Mandolin dan dabal bes juga digunakan. Contoh lagu termasuklah waltz, tango, fox-trot, lagu rakyat Filipina dan balada sentimental rakyat Filipina, iaitu kundiman. |
acoustic bass | bes akustik | Muzik | Tiada | (1) Pedal henti organ yang menukarkan pic satu oktaf lebih rendah. (MUZ) (2) Istilah lain untuk dabal bes dalam muzik jaz. (MUZ) |
keroncong | keroncong | Muzik | Tiada | Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di bandar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keroncong asli |
basso continuo | basso continuo | Muzik | Tiada | Iringan muzik Zaman Barok. Gerakan harmoni untuk iringan muzik tersebut ditulis sebagai angka yang tercatat di bawah not bes. Angka ini dikenali sebagai bes figur (figured bass). Pemuzik akan melengkapkan bahagian iringan dengan kord bungkal, ornamentasi atau secara improvisasi. Hapsikord dan dabal bes biasanya digunakan dalam iringan muzik ini. |