drug facilitated rape | rogol dipermudah dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. |
drug-facilitated sexual assault | serangan seksual dipermudah dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. |
drug induced crime | jenayah dipengaruhi dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan jenayah yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah atau jenayah yang dilakukan semasa di bawah pengaruh dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Contoh lain ialah pembunuhan yang dilakukan seseorang di bawah pengaruh dadah. |
drug trafficking | pengedaran dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Aktiviti yang melibatkan penanaman, pembuatan, pemprosesan, penyimpanan dan pemerdagangan dadah. Dari segi undang-undang, pengedaran dadah termasuklah perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. |
Drug Enforcement Officer | Pegawai Penguatkuasa Dadah | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Pihak ini hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan. |
Drug Control Authority (DCA) | Pihak Berkuasa kawalan Dadah (PBKD) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). PKBD hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan. |
drug related crime | jenayah berkait dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. Jenayah ini juga berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. |
experimental drug | dadah percubaan | Sains Kesihatan | Tiada | Dadah yang masih dalam peringkat ujian klinikal. |
orphan drug | dadah tanpa paten | Sains Kesihatan | Tiada | Dadah yang dibangunkan tanpa paten |
dangerous drugs | dadah berbahaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat dadah terlarang. |