Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
express check-outdaftar keluar ekspresPelanconganTiadaProsedur yang dilakukan oleh penghuni bilik hotel untuk menyegerakan daftar keluar dan mengembalikan kunci, tanpa perlu menunggu bil terakhir dikeluarkan.
insurance registerdaftar insuransinsuransTiadaCatatan maklumat penting tentang insurans yang ditanggung seperti tarikh pembelian, amaun premium, tarikh tamat polisi dan nama syarikat.
insurance registerdaftar insuransPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan maklumat penting tentang insurans yang ditanggung seperti tarikh pembelian, amaun premium, tarikh tamat polisi dan nama syarikat.
insurance registerdaftar insuransEkonomiTiadaTiada
field registerdaftar petakPenilaian Harta TanahTiadaTiada
self check-indaftar masuk sendiriPelanconganTiadaLihat self registering.
canon of poetrydaftar karya puisiKesusasteraanPuisiLihat piawai nilai puisi.
land ownership registrationdaftar hak milik tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan.
registry grantgeran daftarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
registry leasepajakan daftarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas