Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah I

Puisi
 

Ada kain lupa ke baju,
     Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
     Kerana aku orang dah hina.


Lihat selanjutnya...(43)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melodymelodiKesusasteraanPuisiSusunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan.
decasyllabicdasasukuKesusasteraanPuisiPerkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910
nursery rhymenyanyian anakKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab.

Kembali ke atas