hyperbole word | perkataan hiperbola | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kenyataan atau dakwaan penggunaan produk yang dibesar-besarkan dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya. Menurut Kod Pengiklanan Kosmetik, iklan produk kosmetik dibenarkan mengandungi perkataan hiperbola hanya apabila dakwaan tersebut dapat dibuktikan. |
court bond | bon mahkamah | insurans | Tiada | Bon yang diperlukan oleh seseorang yang terlibat dalam dakwaan untuk membolehkannya ia mendapatkan haknya di mahkamah. |
malpractice insurance | insurans salah amalan | insurans | Tiada | Polisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya; dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi. |
reader response theory | teori respons pembaca | Kesusasteraan | Tiada | Teori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |
marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |