Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : cairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwat

Puisi
 

Ke darat menebang juak tukas,
     Tukas kutebang tepi jeraya;
Laksana dakwat dengan kertas,
     Samalah hancur sama binasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blanketblanket-TiadaPermukaan getah yang memindahkan dakwat imej ke atas kertas dalam litografi ofset
dots per inch (DPI)titik per inci (DPI)-TiadaUnit resolusi cetak yang menunjukkan bilangan bintik dakwat dicetak dalam satu inci persegi.
lines per inch (LPI)garisan per inci (LPI)-TiadaUnit resolusi cetak yang menunjukkan bilangan bintik dakwat dicetak dalam satu inci.
halftonehafton-TiadaTeknik reka bentuk grafik yang digunakan dalam reproduksi gambar foto atau imej lain dengan menggunakan pelbagai saiz bintik dakwat kelabu atau warna yang lain.
microcontact printingpercetakan mikrosentuhFizikNanoteknologiTeknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali.
scanning probe lithographylitografi penduga imbasanFizikNanoteknologiKaedah litografi bagi menghasilkan corak bersaiz nanometer pada permukaan suatu bahan terutamanya bahan semikonduktor dengan menggunakan mikroskop penerowongan imbasan (STM) atau mikroskop daya atom (AFM). Corak ini dihasilkan apabila penduga yang bermata tajam mengimbas permukaan dengan menggores permukaan, melakukan pemanasan setempat atau melukis menggunakan dakwat bahan kimia tertentu. Kaedah ini diperlukan bagi menghasikan corak bersaiz di bawah skala 100 nm, yang tidak dapat dihasilkan oleh kaedah litografi optik atau kaedah yang lain.
codexkodeksKesusasteraanTiadaBahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.

Kembali ke atas