health supplement | tambahan kesihatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya. |
angiotensin II | angiotensin II | Kejururawatan | Tiada | Bahan yang terhasil daripada angiotensin I oleh enzim di paru-paru yang berupaya merangsang penghasilan aldosteron dan mengakibatkan vasokonstriksi. |
type II vascular bundle | berkas vaskular jenis II | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah. |
meiotic division | pembahagian meiosis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan sel gamet. Pembahagian meiosis terdiri daripada dua bahagian yang berlaku berturut-turut, iaitu meiosis I dan meiosis II. |
change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
lyric poetry | puisi lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
meter | meter | Kesusasteraan | Tiada | Matra: Irama sajak. Dalam puisi ada 4 jenis asas membentuk irama sajak. i. Bentuk kuantitatif. ii. Berdasarkan tekanan. iii. Berdasarkan suku kata. iv. Berdasarkan tekanan dan suku kata serentak. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
photochemical switch | suis fotokimia | Fizik | Nanoteknologi | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
colouring agent | agen pewarna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit. |