Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Sayang selasih janganlah tinggi,
     Jikalaulah tinggi berdaun jangan;
Jika kekasih hendak pergi,
     Jika pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retirement annuityanuiti persaraaninsuransTiadaAnuiti tertunda yang memberikan faedah anuiti kepada pesara dan jika berlaku kematian, pembayaran akan dibuat kepada warisnya.
liquid chromatographykromatografi cecairKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan cecair sebagai fasa gerak. Jika fasa pegunnya cecair, ia dikenali sebagai kromatografi cecair-cecair dan jika dasa pegunnya pepejal, ia dikenali pula sebagai kromatografi cecair-pepejal.
thixothropytiksotropiKejuruteraanTiadaKeupayaan ampaian lempung menjadi likat atau tegar jika dibiarkan dan mudah mengalir apabila diaduk.
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
synchronous learningpembelajaran segerakTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak.
geometric unsharpnessketaktajaman geometriTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKehilangan ketajaman imej radiograf yang berpunca daripada faktor geometri peralatan sinaran dan susun atur dedahan radiografi. Contohnya, jika saiz sumber sinaran besar, jarak antara objek dan filem besar, dan jarak antara sumber dan objek kecil, maka ketidaktajaman akan besar. Sinonim ketaktajaman.
bituminous coalbatuarang bitumenKejuruteraanTiadaBatu arang berwarna hitam dan bergred tinggi serta bernilai komersial sebagai bahan api. Batu arang ini jika dipecahkan, cenderung pecah menjadi ketul-ketul berbentuk segiempat dengan memperlihatkan satah-satah laminasi yang jelas. Jika dihancurkan menjadi serbuk, ia berwarna coklat tua. Batu arang ini terbakar dengan mengeluarkan nyala yang berpendar serta berasap. hasil koknya berkisar dari 50 peratus ke 90 peratus.
notification numbernombor pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranNombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan suatu produk kosmetik boleh dijual. Nombor pemberitahuan unik untuk setiap produk dan variannya (jika ada) seperti dalam format berikut: NOTyymmxxxxxK (y: tahun, m: bulan, x: nombor siri). Pemegang Pemberitahuan Kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan kesahan nombor pemberitahuan produknya di pasaran. Nombor pemberitahuan sedia ada akan dikekalkan untuk pemberitahuan produk yang telah diperbaharui sebelum tarikh luput. Nombor pemberitahuan baharu akan diberikan untuk produk yang tidak diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bagi produk yang telah mengalami perubahan yang memerlukan pemberitahuan baharu. Sinonim nombor notifikasi.
infestationinfestasiHerbaTiadaKeadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya.
in-process quality control (IPQC)kawalan kualiti dalam proses (IPQC)HerbaPeraturan dan PemasaranPemeriksaan kualiti semasa pengeluaran untuk memantau dan menyesuaikan proses (jika perlu) bagi memastikan produk mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Tujuan kawalan kualiti dalam proses adalah untuk menghasilkan produk akhir yang sempurna dengan mengelakkan atau menghindarkan kesilapan pada setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Kawalan persekitaran atau peralatan juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kawalan kualiti dalam proses.
12345678

Kembali ke atas