Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.na] | دانا

Definisi : 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh peme­gang amanah; ~ asing dana amanah yg kese­luruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak peme­gang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pela­buran yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk mem­buat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt mem­beli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.na] | دانا

Definisi : kumpulan wang utk sesuatu tujuan: Satu ~ utk membantu pelajar-pelajar miskin telah ditubuhkan. mendanai menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dana

Puisi
 

Kalau cik tuan selasih dana,
     Cik Tom bertali tiga;
Kalau cik tuan kasihkan kami,
     Jangan diragut dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
master funddana indukKewanganTiadaKompleks dana yang mengumpulkan dana daripada pelabur dan kemudiannya melaburkan dana-dana tersebut ke pelbagai pasaran sebelum menyerahkan semula keuntungan kepada pelabur.
hedge funddana perlindunganEkonomiTiadaDana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek.
loanable funddana boleh pinjamEkonomiTiadaDana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank.
guaranteed funddana terjamininsuransTiadaDana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurans yang bankrap.
life insurance funddana insurans hayatinsuransTiadaDana yang disediakan oleh syarikat insurans hayat bagi menjelaskan tuntutan di masa hadapan yang akan dibuat oleh pemegang polisi. Wang di dalam dana ini dilaburkan dalam pelbagai pelaburan seperti ekuiti, sekuriti, hartanah dan lain-lain pelaburan yang memberi faedah tetap.
sinking funddana terikatEkonomiTiadaDana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang.
revolving funddana pusinganEkonomiTiadaStok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk.
emergency funddana kecemasaninsuransTiadaDana yang disediakan untuk membayar faedah kecemasan.
wholesale funddana borongSukanTiadaDana berjumlah besar yang dipinjamkan oleh institusi kewangan dalam�pasaran wang untuk dijadikan modal dan pembiayaan.
feeder funddana pembekalKewanganTiadaSalah satu daripada beberapa subdana yang mengumpulkan modal pelaburan dan melabur ke dalam dana induk.
123456

Kembali ke atas