Lady-in-waiting | Dang Perwara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
maids of honour (court) | dang perwarna (istana) | Sejarah | Tiada | Tiada |
royal attendant (lady in waiting) | dang perwara | Sejarah | Tiada | Tiada |
karawitan | karawitan | Muzik | Tiada | Muzik tradisional Indonesia seperti gamelan Jawa dan gendang kaum Batak. Karawitan bermaksud kehalusan atau keindahan. |
dangdut | dangdut | Muzik | Tiada | Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
selisir | selisir | Muzik | Tiada | Skel gamelan gong kebyar Bali. Silibal solfege ini disebut dengan ding, dong, deng, dung, dang, ding. Sinonim skel selisir. Lihat juga saih, slendro, pelog. |
solfege | solfege | Muzik | Tiada | Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, solfege bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. Solfege bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. Solfege bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. Sinonim solfegio, solfegro. |
makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |