printed on both sides | cetak depan belakang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kesilapan mencetak setem dangan cara mencetak reka bentuk yang sama pada kedua-dua belah muka setem. |
Romanian stitch | jahit Romania | Kesenian | Tiada | Siri jahit lurus panjang yang dijahit rapat dan ditetapkan di tengahnya dangan jahit serong kecil. |
abietic acid | asid abietik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Formula C20H30O2. Serbuk amorfus berwarna kuning yang didapati daripada resin beberapa jenis kayu konifer, terutamanya pain. Asid ini digunakan dangan meluas dalam penghasilan varnis dan ester untuk bahan pemplastik. |
landscape | landskap | Kesenian | Seni Bina | 1. Elemen yang terdapat di muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu. Landskap juga boleh dirujuk sebagai rupa bentuk bumi dan alam persekitaran. 2. Seni taman yang memaparkan ciri-ciri peman?dangan alam. |