Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virtual kitchendapur maya/dapur virtualPentadbiran PerniagaanTiadaPerniagaan atau perkhidmatan penyediaan makanan yang menawarkan servis eksklusif kepada pelanggan, iaitu penghantaran makanan berasaskan pesanan melalui telefon atau pesanan secara dalam talian.
kitchen-sink dramadrama dapurKesusasteraanTiadaDrama realistik mengenai kehidupan pekerja kelas bawahan. Drama ini sering berlaku secara fizikal di dapur atau di tempat lain yang mengisahkan permasalahan rumah tangga. Drama dapur popular di England pada penghujung dekad 50-an. Antara contoh drama dapur ialah The Kitchen oleh Arnold Wesker.
central kitchenpusat dapurPentadbiran PerniagaanTiadaDapur biasa yang dijadikan sebagai ruang khas penyediaan sebahagian daripada hidangan atau makanan lengkap dan dibungkus serta diedarkan ke restoran yang sama di pelbagai lokasi dan cawangan.
breakfast nooksudut sarapanKesenianTiadaRuang kecil di bahagian penjuru dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk mewujudkan suasana santai ketika menikmati sarapan pagi. Ruang kecil di dapur yang lengkap dengan meja dan kerusi untuk menikmati hidangan ringan dalam suasana santai. Ruang ini lazim digunakan untuk sarapan. (pemurnian 15/9)
soup kitchendapur amalPentadbiran PerniagaanTiadaPusat bantuan makanan yang disediakan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Selalunya bantuan ini dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan atau sukarelawan.
countertopkaunter dapurSeni BinaTiadaTiada
cloud kitchendapur awanPentadbiran PerniagaanTiadaTempat atau kemudahan penyediaan makanan secara komersial dan berpusat dengan pelbagai jenama makanan untuk memenuhi pesanan makanan bagi perkhidmatan penghantaran sahaja melalui aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya tanpa memerlukan ruang makan fizikal atau kaunter bawa pulang.
ghost kitchendapur silumanPentadbiran PerniagaanTiadaTempat atau kemudahan penyediaan makanan secara komersial dan berpusat dengan pelbagai jenama makanan untuk memenuhi pesanan makanan bagi perkhidmatan penghantaran sahaja melalui aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya tanpa memerlukan ruang makan fizikal atau kaunter bawa pulang.
kitchenetteruang dapur (kecil)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
in-flight kitchendapur dalam kapal terbangPelanconganTiadaRuang untuk menyediakan makanan di dalam kapal terbang.
12

Kembali ke atas