Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virgin oilminyak daraHerbaTiadaMinyak tetap yang diperoleh daripada bahan herba secara perahan atau kaedah perahan mekanikal lain yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan haba. Contohnya, minyak zaitun dara dan minyak kelapa dara.
periwinkletapak daraHerbaTiadaLihat kemuning cina.
virgin foresthutan daraPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHutan yang belum diganggu atau diterokai.
virgin foresthutan daraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mastectomymastektomiKejururawatanTiadaPembedahan pembuangan payu dara yang disebabkan oleh kanser.
vinblastinevinblastinaHerbaTiadaFormula C46H58N4O9. Alkaloid vinka daripada pokok kemunting cina atau tapak dara. Vinblastina digunakan sebagai ubat antineoplastik.
vincristinevinkristinaHerbaTiadaFormula C46H56N4O10. Alkaloid vinka daripada pokok kemunting cina atau tapak dara yang digunakan sebagai ubat antineoplastik. Vinkristina dikenali juga sebagai leurokristina.
national parktaman negaraPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang telah diisytihar sebagai hutan dara yang ditakrifkan sebagai warisan negara untuk melindungi flora dan fauna.
regional policydasar wilayahEkonomiTiadaDasar ekonomi yang bertujuan untuk mengubah corak pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah. Dasar ini perlu mengambil kira dara ekonomi dan keadaan fizikal wilayah tersebut. Biasanya dasar ini menitikberatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mengurangkan jurang antara wilayah.
natural landscapelandskap semula jadiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRupa bumi yang terjadi atau terdapat secara asli mengikut proses semula jadi seperti hutan dara, hutan sekunder, dan rezab sungai dalam bandar.
123

Kembali ke atas