stability constant | pemalar kestabilan | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut: |
compressibility factor | faktor ketermampatan | Kimia | Kimia Analisis | Faktor untuk mengungkap penyisihan gas daripada sifat unggulnya dan ditakrifkan sebagai nisbah hasil darab tekanan dengan isi padu terhadap hasil darab suhu dengan pemalar gas. |
angular impulse | impuls bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Hasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut. |
retention volume | isi padu penahanan | Kimia | Tiada | Hasil darab masa penahanan dengan kadar aliran fasa gerak dan dapat dinyatakan sebagai VR = TR x F dengan, VR = isi padu penahanan TR = masa penahanan F = kadar aliran fasa gerak |
ionization constant | pemalar pengionan | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada suatu bahan seperti asid atau bes terhadap aktiviti daripada molekul bahan itu yang tidak terurai. Bagi asid lemah HA, pemalar pengionannya, Ka diberikan oleh persamaan |
equivalent dose | dos setara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Hasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jumlah sesaran keseluruhan dan bersamaan hasil darab sesaran omboh dengan bilangan silinder. Sesaran enjin diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu atau liter. Contohnya, enjin kereta 1600 cc bersamaan dengan 1.6 liter. |
form factor | faktor bentuk | Perhutanan | Tiada | 1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai. |
moment | momen | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang wujud dalam pergerakan bersudut. Secara matematiknya, momen ialah hasil darab sesuatu kuantiti dengan jarak serenjangnya dari suatu paksi rujukan. |
instability constant | pemalar ketakstabilan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut: |