start-up cost | kos mula | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kos untuk memulakan pengoperasian peralatan dari awal sehingga keadaan operasi menjadi stabil atau berkeadaan optimum atau minimum, seperti yang terdapat dalam reka bentuk. Kos ini dianggarkan8 � 10% pelaburan modal tetap. |
macroteaching | pengajaran makro | Pendidikan | Tiada | Sesi latihan mengajar secara simulasi dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran sepenuhnya dari awal hingga akhir pengajaran mengikut tempoh yang ditetapkan. Bandingkan microteaching. |
yearly renewable term insurance | insurans sementara boleh baharu tahunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat sementara yang insurer bersetuju dari awal untuk membaharuinya atas opsyen pihak yang diinsuranskan dalam masa beberapa tahun. |
embryo | embrio | Biologi | Genetik | Organisma pada peringkat awal perkembangan, iaitu bagi manusia, dari awal sehingga tiga bulan dalam kandungan, dan sebelum penetasan bagi haiwan yang bertelur. |
gamelan Jawa | gamelan Jawa | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iai |
architectonic | arkitektonik | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan yang menegaskan secara kolektif unsur struktural bahagian, kesatuan, tekanan dan skala yang menjadikan hasil penulisan itu bergerak secara logis dan lancar dari awal hingga ke akhir. |
Babinski�s reflex | refleks Babinski | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas yang berlaku apabila bahagian tepi tapak kaki bayi diusap, jari-jarinya akan meregang keluar. Tindak balas ini bermula dari awal kelahiran dan akan beransur hilang hingga bayi berusia satu tahun. |
simile | simile | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik untuk mengekalkan gaya yang sama dari awal hingga akhir persembahan. Sinonim sim. |
persistent objector rule | peraturan pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan. |
chronicle | kronikel | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula te |