Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari dan daripada


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clipped wordkata ringkasSains KesihatanTiadaPendekan daripada perkataan yang panjang, seperti moto daripada motosikal dan plane dari aeroplane.
fossil fuelbahan api fosilTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan api semula jadi yang dikeluarkan dari perut bumi dan terhasil daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah tertimbus dalam batuan atau celah lapisan batuan dalam jangka masa yang sangat panjang. Keadaan ini berlaku akibat penguraian bahan-bahan organik tersebut pada suhu dan tekanan yang tinggi.
determinate errorralat tentuanKimiaKimia AnalisisRalat yang boleh ditentukan dan boleh dihapuskan. la biasanya malar dari segi magnitud dan arah dan boleh bersumberkan daripada kaedah. alatan atau penganalisis. Ia dikenali juga sebagai ralat sistematik.
pilot ion methodkaedah ion perintisKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman.
icebergaisbergSains MarinTiadaBongkah ais yang besar dan terapung atau tersadai, lebih daripada lima meter tingginya dari atas aras laut dan telah terpisah daripada glasier atau bentukan pentas ais.
ghazal/ghazelghazalKesusasteraanPuisiPuisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada beberapa pendapat: Pertama, manusia dilahirkan baik dan hanya dikorupsikan oleh pengalaman dalam masyarakat. Kedua, kerohanian dan emosi manusia adalah alat yang paling sesuai untuk menghasilkan puisi. Ketiga, perubahan spiritual manusia secara evolusi boleh didatangkan dengan meletakkan alam semula jadi pada tahap yang lebih tinggi daripada ketamadunan manusia, revolusi lebih daripada status quo, dan daya melebihi kekangan. Dari segi puitika, pergerakan ini berusaha untuk menukar diksi kepada bahasa basahan, menggunakan bahan rujukan daripada cerita rakyat, mitos, autobiografi, dan pengalaman visionari, menggunakan alam sekitar sebagai pemangkin meditasi dan perasaan, menggalakkan inovasi dan komposisi organik berbanding dengan forma yang dikenakan seperti koplet wiraan dan ode, dan bercita-cita untuk melepasi batas-batas kebiasaan. Era ini turut dikenali sebagai zaman keemasan puisi Barat dengan penulis puisi seperti Wordsworth, Coleridge, Shelley, Keats, Byron dan Blake. Kadangkala zaman ini turut dikebelakangkan lagi masanya meliputi zaman Robert Burns atau ditambah masa ke depan dan mengambil kira penyajak zaman Victoria seperti Brownings, Tennyson, Arnold dan Yeats. Yeats sering dikenali sebagai ahli puisi roman terunggul yang terakhir. Antara penulis puisi roman Amerika yang terkenal ialah Walt Whitman yang menghasilkan paradigma puisi romantik yang memaparkan idealisme, bentuk organik, perasaan terbuka, diksi dan keraian alam semula jadi. Penulis Amerika lain termasuk Bryant, Irving, Cooper, Hawthorne, Melville, Stowe, Poe, Whitman dan Emerson.
agro-wastesisa agroTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang lebihan atau bahagian yang tidak dikehendaki dan perlu dibuang daripada operasi pertanian dan penternakan. Contohnya, sisa dari ladang pertanian dan penternakan serta pusat penyembelihan.
choruskorusKesusasteraanTiadaSekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut.
Chinese operaopera CinaMuzikTiadaTeater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera KanĀ­tonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yuehu, pipa, yang qin, saksofon, violin dan gitar Hawaii.
12345678910...

Kembali ke atas