material balance report | laporan imbangan bahan | Kejuruteraan | Tiada | Laporan berkala mengenai inventori semasa bahan nuklear khas dalam sesuatu kawasan imbangan bahan yang dikemukakan kepada agensi pelaksanaan sistem kawal guna dari masa ke semasa. |
physical inventory listings | senarai inventori fizikal | Kejuruteraan | Tiada | Senarai butiran inventori bahan nuklear khas yang terdapat dalam sesuatu kawasan imbangan bahan pada sesuatu masa yang dikemukakan kepada agensi pelaksana sistem kawal guna dari masa ke semasa. |
accountable administrator | pentadbir bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai tersebut turut terlibat dalam penggubalan dasar dan bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan dan pelaksanaannya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap setiap perbelanjaan dan kualiti sesebuah projek. Bagi menyemak pelaksanaannya, pegawai perlu mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, pegawai tersebut perlu mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera agar tidak memberikan impak negatif. |
bureaucracy performance | prestasi birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tahap pencapaian mutu kerja dan pelaksanaan bidang tugas dalam organisasi pentadbiran. Tahap ini boleh diukur bagi menilai peranan dan fungsi birokrasi dalam mencapai sasaran. Prestasi birokrasi yang efisyen dan efektif akan membawa kepada kemajuan perkhidmatan dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh itu, tahap dan pencapaian birokrasi perlu dinilai, diselenggara dan ditingkatkan dari masa ke semasa, khususnya dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh, pengiktirafan sijil ISO boleh dianggap sebagai memenuhi tahap prestasi birokrasi yang cemerlang. |
repertory company | kumpulan tetap | Kesenian | Drama dan Teater | Kumpulan teater yang membuat persembahan secara tetap berdasarkan kontrak di sesebuah panggung teater. Kumpulan ini, dari semasa ke semasa mempersembahkan cerita baharu selain cerita yang sedia ada dalam repertoir. Pada masa yang sama, kumpulan ini juga melatih pelakon baharu sebagai persediaan untuk menggantikan pelakon lama. |
dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |
batch composting | pengomposan kelompok | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah membuat kompos yang dilakukan dengan mencampurkan semua bahan sekali gus dan dibiarkan untuk pengomposan. Tiada bahan lain ditambahkan kecuali air sehingga proses pengomposan telah sempurna. Kaedah ini berbeza dengan pengomposan berterusan yang melibatkan penambahan bahan dari semasa ke semasa. Kelebihan kaedah pengomposan kelompok ialah kesemua bahan akan menjadi kompos serentak dalam satu tempoh masa. Kaedah ini sesuai untuk pembuatan kompos dalam skala yang besar. |
traffic delay | lengan lalu lintas | Kejuruteraan | Tiada | Masa yang terbuang semasa pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain disebabkan oleh bilangan kenderaan yang banyak ataupun disebabkan oleh pergentingan jalan raya dan persimpangan jalan raya. |
make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan |
exit taxiway | laluan taksi keluar | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Laluan keluar dari luncuran ke laluan taksi utama untuk menyingkatkan masa penggunaan luncuran bagi pesawat kecil semasa pesawat mendarat atau berlepas. |