equipartition energy | tenaga petak sama | Kimia | Tiada | Hukum Maxwell-Boltzmann yang menyatakan bahawa tenaga dalam sesuatu sistem tertutup akhirnya terbahagi sama banyak antara darjah-darjah kebebasan yang hadir. |
square | sesiku | Kesenian | Tiada | Alat untuk mengukur kejituan sudut 45 darjah, 90 darjah dan 180 darjah. |
five-factor model of personality | model personaliti lima faktor | Psikologi | Psikologi Umum | Model yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut. |
degree of dilution | darjah kecairan; darjah pencairan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
degree of a curve | darjah lengkung; darjah keluk | Matematik | Tiada | Tiada |
Aquarids | Pancuran Dalwu | Matematik | Tiada | Pancuran meteor aktif, iaitu Eta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 336 darjah, dec 0 darjah dan mencapai maksimum pada 4 Mei, dan Delta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 339 darjah, dec - 17 darjah, dan mencapai maksimum pada 28 Julai. |
Delta Aquarids | Pancuran Delia/Dalwa Delta | Matematik | Tiada | Pancuran meteor aktif, iaitu Eta Aquarids yang berpunca sinaran : RA 336 darjah, dec 0 darjah dan mencapai maksimum pada 4 mei, dan Delta Aquarids yang berpunca sinaran : RA 336 darjah, dec-17 darjah, dan mencapai maksimum pada 28 julai. |
angle sum | hasil tambah sudut | Matematik | Tiada | 1. Hasil tambah sudut yang biasa digunakan iaitu darjah plus darjah atau radian plus radian. 2. Hasil tambah sudut yang ditentukan secara pemutaran dari sisi awalan melalui satu sudut diikuti dengan pemutaran dari sisi yang berikutnya melalui satu sudut lain. |
Zodiac | Zodiak/Bintang Dua Belas | Matematik | Tiada | Jalur sfera samawi, 16 darjah lebar, 8 darjah pada sebelah-menyebelah ekliptik yang dibahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, selebar 30 darjah, dan dinamai Tanda Zodiak mengikut nama buruj. |
degree-day | darjah hari | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan algebra antara suhu min hari tertentu dan suhu rujukan yang dinyatakan dalam darjah. Bagi tempoh tertentu (bulan, tahun), darjah hari diertikan sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut. |