mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
direct democracy | demokrasi langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang melibatkan penyertaan rakyat secara langsung dalam proses politik. Sistem ini wujud pada zaman negara kota Athens, Greek dahulu. Dalam sistem ini, rakyat terlibat sendiri dalam proses penggubalan undang-undang, dasar dan keputusan politik. Mereka turut hadir dalam perbincangan mengenai pentadbiran negaranya. lni bermakna, rakyat tidak mewakilkan kepada mana-mana perwakilan atau wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan dan suara mereka. Demokrasi ini sesuai diamalkan dalam sebuah masyarakat bersaiz kecil seperti negara kota. Kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan kerana saiz negara dan masyarakat yang sangat besar dan kompleks. |