social gains | keuntungan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Manfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik. |
altered thought process | proses pemikiran terubah | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan proses berfikir yang berubah akibat gangguan kesedaran, persepsi, daya ingat, daya rasional, kebolehan metal dan kecerdasan. |