Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diminishing marginal productivitydaya pengeluaran sut berkuranganEkonomiTiadaDaya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan.
productivitydaya pengeluaranEkonomiTiadaOutput maksimum yang boleh dikeluarkan dengan mengubah kuantiti sesuatu input pada suatu tingkat teknologi dengan kuantiti input lain dianggap tetap. Daya pengeluaran diukur dalam nilai ringgit. Ini berbeza dengan daya pengeluaran fizikal yang diukur dalam unit keluaran.
physical productivitydaya pengeluaran fizikalEkonomiTiadaLihat daya pengeluaran.
marginal productivity doctrinedoktrin daya pengeluaran sutEkonomiTiadaLihat teori daya pengeluaran sut.
marginal productivitydaya pengeluaran sutEkonomiTiadaTambahan unit atau nilai output yang boleh dikeluarkan dengan menambah penggunaan satu unit faktor pengeluaran, ceteris paribus. Misalnya, sebuah kilang dengan 7 orang buruh boleh mengeluarkan 100 unit payung. Dengan 8 orang buruh, pengeluaran menjadi 110 unit. Daya pengeluaran sut buruh ke 8 ialah 10 unit. Lihat juga keluaran sut.
income policydasar pendapatanEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung.
innovationinovasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSegala pembaharuan yang dibuat untuk mendapatkan daya pengeluaran yang lebih tinggi.
neoclassical economicsekonomi neoklasikEkonomiTiadaKajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik.
automationautomasiEkonomiTiadaPenggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi.
economies of scaleekonomi bidanganEkonomiTiadaPengurangan kos purata jangka panjang hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran. Pengurangan kos ini berpunca daripada pembelian secara pukal, peningkatan daya pengeluaran hasil daripada pembahagian dan pengkhususan kerja, dan penggunaan teknologi dan pengurusan yang cekap.
12

Kembali ke atas