Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ko.ra.tif] | ديکوراتيف

Definisi : (dékoratif) bkn sesuatu yg digunakan sbg hiasan: pemilihan kata-katanya bukan sbg sesuatu yg ~ ataupun simbolik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekoratif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Art NouveauArt NouveauKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan, seni bina dan reka bentuk dekoratif terkemuka yang berkembang di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat antara tahun 1890 dan 1910. Gaya ini mengetengahkan reka bentuk atau idea pereka, yang menggabungkan unsur seni bina dan reka bentuk perabot bagi menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Art Nouveau juga bertujuan memodenkan reka bentuk dengan menampilkan kelainan tersendiri.
art and craft movementpergerakan seni dan krafKesenianHiasan DalamanPergerakan estetika Inggeris yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang mewakili permulaan untuk penghargaan seni hiasan di seluruh Eropah. Pergerakan seni ini mempengaruhi hasil seni bina, seni dekoratif, perabot dan kotej dalam reka bentuk taman di Britain, Kanada dan Amerika. Di Amerika Syarikat, gaya kraf Amerika sering digunakan bagi menandakan gaya seni bina, reka bentuk dalaman dan seni dekoratif yang berlaku antara era Art Nouveau dengan Art Deco (1910-1925).
P. appliquetampal hiasKesenianHiasan DalamanKepingan kain yang dijahit ataupun dilekatkan pada pakaian dengan menggunakan haba. Dalam seni seramik, tampal hias dilakukan pada sekeping tanah liat yang ditampal pada kerja prima (objek asal), bertujuan sebagai dekoratif.
bracketsandaran seni peningkapan sandaranKesenianHiasan DalamanStruktur mudah berbentuk L terbalik bersudut 90 darjah tepat (tegak). Di sebelah yang menegak dilekatkan pada permukaan yang menegak, manakala bahagian yang melintang akan menyokong atau membawa beban di atasnya. Pada sesetengah sandaran dibentuk pelbagai dekoratif yang menarik.
alabasteralabasterKesenianHiasan DalamanMineral batu putih yang lembut yang sering digunakan untuk membuat ukiran arca patung dan bahan perhiasan. Hasil ukiran batu ini banyak terdapat di Derbyshire, selatan England yang dibina sebagai pagar altar di dalam gereja dan juga digunakan sebagai bahan dekoratif pada bangunan. Di Itali, batu ini dikenali sebagai marmar Florentine yang sangat putih bagi menghasilkan pasu kecil dan arca patung kecil.
beamrasukKesenianHiasan DalamanSatu daripada unsur atau struktur binaan secara melintang yang berfungsi untuk membawa atau menampung beban secara menegak. Ciri-ciri rasuk berpandukan kepada bentuk, panjang dan bahan yang digunakan. Bahan yang sering digunakan untuk membuat rasuk ialah kayu, besi dan konkrit. Rasuk boleh menerima olahan dekoratif seperti ukiran, kemasan kayu, cat dan logam. Rasuk juga sering didedahkan di dalam ruang bagi mewujudkan gaya hi-tech.
Elizabeth stylegaya ElizabethKesenianHiasan DalamanGaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci.

Kembali ke atas