Faust theme | tema Faust | Kesusasteraan | Tiada | Tema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus. |
motor pacing (demi-fond) | lumba ikut motor | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan basikal balapan secara mengekori motosikal dari mula hingga tamat perlumbaan, lazimnya selama satu (1)jam. |
piecewise linear function | fungsi linear cebis demi cebis | Matematik | Tiada | - |
piecewise linear function | fungsi linear cebis demi cebis | Matematik | Tiada | - |
field-by-field valuation | penilaian petak demi petak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
period by period cashflow | aliran tunai tempoh demi tempoh | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud �yearly books�. Lihat juga kronikel. |
overhaul | baik pulih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perombakan sepenuhnya bahagian demi bahagian untuk dibersihkan dan diperiksa, kemudian dipasang semula dengan bahagian asal atau diganti bahagian yang telah rosak dan dilakukan pelarasan semula untuk membolehkan bahagian itu beroperasi semula. |
volition | kerelaan | Perubatan | Psikiatri | Kesediaan untuk mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan demi kebaikan diri pesakit itu sendiri. |
procedure | tatacara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kaedah NDT secara peringkat demi peringkat daripada mula hingga akhir berdasarkan dokumen rasmi seperti kod, standard, dan spesifikasi yang digunakan oleh pengamal NDT. Contohnya, tatacara ujian ultrasonik terhadap kimpalan keluli karbon ialah tatacara yang menyatakan skop ujian, standard, jenis peralatan, prob, langkah-langkah tatacara, rekod, pelaporan, kriteria penerimaan dan lain-lain. Tatacara ujian ini perlu disahkan oleh pengamal NDT tahap 3. |