den room | bilik den | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bilik kecil yang digunakan untuk berehat atau menjalankan aktiviti keluarga. Bilik ini sering digunakan sebagai ruang bacaan yang dilengkapi dengan perabot yang bersesuaian fungsinya. |
ayam den lapeh | ayam den lapeh | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga atau daun tanpa rintik, terdapat pada batik sarung atau batik lepas. |
van den Bergh test | ujian van den Bergh | Veterinar | Tiada | Tiada |
van den Bergh�s test | ujian van den Bergh | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan kehadiran bilirubin. |
decasyllabic verse | sajak dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai sepuluh suku kata dalam setiap baris. Contohnya, pada pantun di bawah. Da/ri Se/ku/kah mu/dik ke te/luk, Den/gan pe/ra/hu mu/at ber/du/a; Bi/a/sa bu/luh di/ke/rit bu/buk, Se/ka/rang ka/yu pu/la di/du/ga. |
pesindhen | pesindhen | Muzik | Tiada | Penyanyi wanita dalam ensembel muzik gamelan Jawa. Penyanyi pesindhen membungai melodi asas atau balungan mengikut improvisasi alat muzik rebab. Sinonim pesinden. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya den |