Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.da.an] | دنداءن

Definisi : 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensory deprivationdeprivasi deriaPsikologiTiadaProses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang.

Kembali ke atas