Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chelatekelatKimiaKimia AnalisisLigan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+
coulometric titrationpentitratan kulometriKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan bahan berdasarkan tindak balas bahan itu dengan reagen yang dijanakan secara elektrolisis. Misalnya, tindak balas pengoksidaan Ferum (II) oleh serium (IV) yang dijanakan secara elektrolisis.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
heroic coupletkuplet wiraanKesusasteraanTiadaBentuk rangkap puisi yang terdiri daripada dua baris berima (biasanya dalam bentuk a, a) dan menggunakan iambic pentametre, iaitu sepuluh suku kata dengan lima tekanan. Bentuk ini berpunca daripada penggunaannya dalam puisi epik dan drama. Kuplet wiraan merupakan bentuk matra yang biasa digunakan terutamanya pada kurun ke-18. Bentuk ini dimantapkan oleh penyair Inggeris, Elexander Pope yang mempelbagaikan baris rangkap dan memecahkannya kepada jeda. Pope menggunakannya dalam satira, esei berangkap, dan rangkap puisi wiraan olokan. Contoh kuplet wiraan dalam karya Pope berjudul Epistle II: To A Lady: Of the Characters of Women adalah seperti yang berikut: Notihing so true as what you once let fall, Most women have no characters at all. Lihat juga epik olokan, pentameter iambik, wiraan olokan.
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.
penumbrapenumbraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman.
redox indicatorpenunjuk redoksKimiaKimia AnalisisBahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji.
colouring agentagen pewarnaHerbaPeraturan dan PemasaranBahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit.
historical playdrama sejarahKesusasteraanTiadaDrama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960.

Kembali ke atas