Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.no.ta.tif] | دينوتاتيف

Definisi : (dénotatif) (Lin) berkaitan dgn de­no­­­tasi: simbol tersebut mempunyai kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denotatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
denotativedenotatifKesusasteraanPuisiPerkataan yang diungkapkan oleh penyair dalam baris puisinya yang membawa makna selapis atau tersurat.
dictionpemilihan kataKesusasteraanPuisiPemilihan serta penyusunan perkataan yang mengutamakan ketepatan, tekanan dan keistimewaan puisi. Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, perkataan yang menggunakan imbuhan dan sebagainya. Sinonim diksi.
literal visionvisi literalKesusasteraanTiadaParas makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata.
literal exegesistafsiran harfiahKesusasteraanTiadaTafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya.
emotive languagebahasa emotifKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif.

Kembali ke atas