pulser circuit | litar pendenyut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Penjana denyut mudah yang digunakan untuk memacu litar-litar terkawal denyut. Litar pendenyut menghasilkan denyut pendek elektrik untuk menjana gelombang denyut pada transduser. Litar pendenyut adalah salah satu litar yang terdapat dalam peralatan ultrasonik pengesan kecacatan. |
pulse length | panjang denyut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Julat masa antara titik-titik tempat nilai pada pinggir depan dengan pinggir belakang yang mempunyai hubungan tertentu terhadap amplitud denyut puncak. Nilai panjang denyut mempengaruhi resolusi prob. Hal ini bergantung kepada standard, biasanya panjang/lebar denyut diukur pada aras 20% Ketinggian Skrin Penuh (FSH), apabila kepekaan disetkan pada ketinggian ujian yang ditetapkan. |
initial pulse | denyut awal | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Denyut yang dipaparkan di sebelah kiri skrin alat ultrasonik apabila prob dikenakan denyutan elektrik dengan mengeluarkan gelombang ultrasonik. |
pulse reflection technique | teknik pantulan denyut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat teknik gema denyut. |
heart rate | kadar jantung | Kejururawatan | Tiada | Bilangan denyut jantung dalam seminit. Bagi orang dewasa yang normal, denyut jantungnya ialah 60 hingga 80 denyutan per minit. |
decade scaler | penskala dekad | Fizik | Tiada | Penskala yang menghasilkan satu denyut output bagi setiap 10 denyut input. pembilang dekad. |
pulse echo technique | teknik gema denyut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu teknik ujian ultrasonik yang menunjukkan amplitud denyutan dipaparkan pada layar peralatan ultrasonik. Paksi menegak menunjukkan amplitud isyarat, manakala paksi mendatar menunjukkan masa transit perjalanan bunyi dalam bahan. Sinonim teknik pantulan denyut. Lihat juga Imbas-A. |
pulse | denyut | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Voltan terjah tinggi yang dihasilkan dalam litar sekunder sistem pencucuh. |
pulse | denyut | Kimia | Kimia Analisis | 1. Getaran tunggal bunyi, cahaya dan lain-lain disebabkan oleh pelbagai arus elektrik terutamanya yang menghasilkan isyarat. 2. Perubahan dalam suatu kuantiti yang biasanya malar, yang mempunyai tempoh masa tertentu yang biasanya sangat pendek berbanding dengan jangka masa yang dikaji. |
beat | denyut ; pukul; putar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,2. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar. |