bradycardia | bradikardia | Herba | Fitoterapi | Degup jantung yang perlahan dan dicirikan oleh kadar denyutan yang rendah, iaitu bawah 60 denyutan seminit bagi orang dewasa. Denyutan jantung normal bagi orang dewasa adalah antara 60 hingga 100 denyutan seminit. |
pulsing zombie | zombi denyutan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan komputer zombi biasa dalam pola serangan DdoS. Zombi denyutan menghantar banjiran paket secara letusan. Contohnya, selama 10 milisaat hingga satu saat dan dalam jangka masa yang tidak menentu. Komputer zombi denyutan lebih sukar dikesan berbanding komputer zombi biasa kerana serangan adalah lambat dan hampir sama dengan tingkah laku penghantaran paket data biasa. |
bradycardia | bradikardia | Kejururawatan | Tiada | Kadar denyutan jantung yang perlahan dan kurang daripada 60 denyutan seminit bagi orang dewasa dan 120 denyutan seminit bagi janin. |
ectopic beat | denyutan ektopik | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung akibat impuls yang dijanakan di luar nodus sinoatrium. Sinonim: extrasystole. |
pulse air injection | suntikan udara denyutan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses menyuntik udara sekitaran ke dalam sistem pancaran ekzos secara denyutan sebagai satu cara untuk menyempurnakan tindak balas pembakaran gas ekzos. Proses ini dijalankan oleh sebuah peranti yang diletakkan dalam sistem ekzos. |
low intensity interval training (LIIT) | latihan berjeda keamatan rendah (LIIT) | Sukan | Tiada | Senaman berdasarkan kadar denyutan jantung dan pemantau kadar denyutan jantung digunakan untuk merekodkan senaman ini. Contohnya, seperti berjoging. |
magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonans magnet (MRI) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
fibrillation | fibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel. |
dysrhythmia | disritma | Kejururawatan | Tiada | Ketaknomalan pada ritma, seperti pada denyutan jantung, pertuturan dan rakaman otak. |
ectopic impulse | impuls ektopik | Kejururawatan | Tiada | Impuls yang menyebabkan denyutan ektopik. |