Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deria bau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
altered smellhidu terubahKejururawatanTiadaKeupayaan deria bau yang berubah akibat gangguan reseptor olfaktori di mukosa hidung.
sensorykederiaanKejururawatanTiadaPerihal fungsi tubuh yang berkaitan dengan organ deria seperti saluran kederiaan dan saraf kederiaan yang merangkumi deria rasa, deria sentuh, deria penglihatan, deria pendengaran, dan deria bau. Organ deria ini berfungsi untuk menghantar maklumat daripada reseptor ke seluruh tubuh ke arah korda spina dan otak.
sensory charactersciri deriaHerbaTiadaSifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut.
physical appearancerupa bentuk fizikalHerbaPeraturan dan PemasaranKeterangan tentang sifat dan keadaan sesuatu produk berpandukan pada deria seperti penglihatan, rasa, bau dan sentuhan.
bipolar cellsel dwikutubSains SukanBiomekanikNeuron sensori khusus untuk pemindahan deria tertentu, yang berfungsi sebagai sebahagian daripada laluan sensori untuk bau, penglihatan, pendengaran dan fungsi vestibular (sistem yang mengatur pergerakan dan keseimbangan).
organoleptic evaluationpenilaian organoleptikHerbaTiadaProsedur penentuan ciri keaslian bahan herba berdasarkan morfologi dan sifat deria yang dapat dikesan dengan pancaindera. Penilaian ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang asal atau telah diserbukkan. Kaedah ini menilai bentuk, bau, rasa, warna dan ciri fizikal bahan herba.

Kembali ke atas