country inn | inapan desa | Pelancongan | Tiada | Tempat penginapan di kawasan desa yang menyediakan jumlah bilik yang terhad. |
cyclo cross | rentas desa | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan basikal yang merentasi desa dengan pelbagai halangan. |
rural growth centre | pusat pertumbuhan desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sesebuah petempatan yang menjadi pusat perkhidmatan sesuatu kawasan desa dan juga berfungsi sebagai mangkin pertumbuhan kawasan sekitar. |
cross country mountain bike | rentas desa basikal bukit | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan basikal bukit yang melalui atau menempuh kawasan desa. |
country park | taman rekreasi desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Taman rekreasi pasif yang terletak tidak jauh dari bandar bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni kota menikmati suasana desa. |
Town and Country Planning Act | Akta Perancangan Bandar dan Desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Undang-undang bertulis bagi mengadakan kawalan dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa dalam kawasan pihak berkuasa perancang tem- patan. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil. |
rurban | desa bandar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
country club | kelab desa | Pelancongan | Tiada | Tempat yang menyediakan kemudahan rekreasi dan sosial, yang terletak di kawasan luar bandar. |
cottage industry | industri desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jenis industri yang dijalankan oleh pengusaha dibantu oleh ahli keluarganya dan dijalankan di kediaman mereka. |