Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
safeguardskawal guna; kawal seliaSains NuklearKejuruteraan Reaktor1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
cold ratekadar sejukKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMasa diperlukan dalam minit untuk mengalirkan arus 300 ampere pada suhu 0�F sebelum voltan menurun di bawah aras 1.0 volt.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
abyssabisSains MarinTiada1. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebihi 4000 m. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua.Sinonim tubir.
apronapronKesenianHiasan Dalaman1. Kawasan pembinaan yang kecil, bersebelahan dengan kawasan lain yang lebih besar dan kedudukannya ditinggikan dari aras tanah. Contohnya, apron kecil taman. 2. Bahagian melintang di bawah dan di tepi meja atau kerusi untuk menguatkan struktur.
subsurface discontinuitiesketakselanjaran subpermukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis ketakselanjaran yang berada lebih kurang 1 mm hingga 2.5 mm di bawah permukaan bahan uji. Ketakselajaran jenis ini dapat dikesan dengan menggunakan kaedah zarah bermagnet, arus pusar, dan ultrasonik.
losskerugianinsuransTiada1. Amaun pengurangan nilai harta insured disebabkan oleh berlakunya peril yang diinsuranskan. 2. Amaun yang dituntut oleh insured atau 3. Amaun yang dibayar bagi pihak insured di bawah kontrak insurans liabiliti.
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
12

Kembali ke atas