fibula | fibula | Perubatan | Tiada | Tulang betis yang terletak di sebelah luar tibia. Tulang ini lebih kecil daripada tibia, dan bersendi dengan tibia di sebelah proksimalnya serta bercantum dengan tibia di sebelah distalnya. |
paralumbar fossa | fosa paralumbar | Veterinar | Praklinikal | Bahagian lambung badan yang lekuk. Fosa paralumbar disempadani oleh cuaran melintang vertebra lumbar di sebelah dorsal; rusuk akhir di sebelah kranial dan paha di sebelah kaudal. Fosa paralumbar paling jelas kelihatan pada haiwan ruminan. |
converging flight rule | aturan penerbangan menumpu | Aeroangkasa | Tiada | Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak.,Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak. |
sacral bone | tulang sakrum | Veterinar | Praklinikal | Tulang berbentuk baji hasil penyatuan beberapa vertebra sakrum. Tulang sakrum menyendi dengan vertebra lumbar di sebelah kranial; vertebra koksius di sebelah kaudal dan sayap ilium di sebelah kraniolateral. |
internal gearing | penggearan dalam | Mekanik | Gunaan | Proses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu. |
chromosphere | kromosfera | Matematik | Tiada | Lapisan atmosfera matahari yang di sebelah atas lapisan berbalik tetapi di sebelah bawah korona. Tebalnya beribu-ribu batu dan berwarna jahang. |
rotary interchange | persilangan bertingkat rotari | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Persilangan bertingkat yang menggunakan bulatan di sebelah atas atau di sebelah bawah laluan utama. Sinonim: grade separated rotary intersection. |
roundabout interchange | persilangan bertingkat rotari | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Persilangan bertingkat yang menggunakan bulatan di sebelah atas atau di sebelah bawah laluan utama. |
pericycle | perisikel | Botani | Tiada | Tisu yang melingkungi tisu vaskular yang terbatas oleh floem primer di sebelah dalam dan endodermis di sebelah luar. Perisikel terdiri daripada sel parenkima sama ada satu lapisan atau beberapa lapisan. Perisikel terdapat dalam akar tumbuhan angiosperma dan tumbuhan gimnosperma. Perisikel juga terdapat dalam akar dan batang tumbuhan kriptogam vaskular. |
atactic | ataktik | Kimia | Tiada | Molekul polimer yang atom atau kumpulan penukar gantinya tersusun secara rawak di sebelah atas atau di sebelah bawah rantai tulang belakang atom apabila rantai tulang belakang atom yang tersebut berada pada satah yang sama. |